ProTechWang Weblog

Perniagaan, Info Online & Mahir Komputer

Posted by protechwang di Julai 17, 2006

Salam sejahtera.

Tips Adsense 1 minit….mesti anda ingat saya tiru kata-kata Irfan Khairi Tips Satu Minit Irfan Khairi, bukan begitu maksud saya. Frasa yang saya buat tu cuma terlintas sahaja dalam fikiran saya semasa menulis blog dan terus saya addkan satu kategori dan jadikan Tips Adsense 1 minit maklumlah baru lepas hadiri kelas adsense tujuan saya cuma berkongsi pengalaman dengan anda mengenai adsense google. Tidak salah bukan…dah buat duit dengan adsense? Saya….hehehe, belum lagi tapi account adsense dah ada. Cara nak apply adsense google account?Teknik ini mentor saya aje shuth dari wangcyber.com kalau nak lebih lanjut lagi check link dibawah

 

http://www.wangcyber.com/google/index.html

 

Panduan Mengenai Adsense dari Raja Adsense (Mohd Syamsuriadi) dapatkan disini.

 Raja Adsense
 

Wassalam

Advertisements

Posted in Adsense 1 Minit | Leave a Comment »

5 Rahsia Adsense

Posted by protechwang di Julai 16, 2006

Salam sejahtera.

Pembaca blog saya, terima kasih kerana meluangkan masa dalam blog ini. Saya nak kongsi bersama 5 rahsia adsense bersama anda.

  1. Tentukan jenis laman web anda ~ Website anda jenis content atau community.Laman web jenis content adalah web yang mengandungi lebih dari 5 atau 10 link ke website lain. Contoh laman web saya http://www.protechwang.com. Laman web community adalah seperti forum wangcyber atau sifoo.com.
  2. Pilihan Tajuk ~ Adakah anda ingin meletakkan iklan mahal atau iklan murah. Adsense Google akan survey website anda dan berikan iklan yang berkaitan dengan content website anda.
  3. Trafik dan Promosi~Bagaimana menarik traffik dan promosi ke laman web anda.Cara blog, links exchange,forum,groups etc.
  4. Jumlah laman web~Persaingan laman web di luar sudah mencecah berbillion website. Page Rank anda mestilah berada 1-10
  5. Layout Laman Web~Laman web yang menarik dapat menarik perhatian pengunjung untuk klik iklan anda.

Saya kira 5 rahsia ni banyak mempengaruhi mereka datang ke website anda dan klik ke iklan adsense anda.

Posted in Adsense 1 Minit | 3 Comments »

Pengalaman dari seminar adsense

Posted by protechwang di Julai 16, 2006

15 Julai 2006 tarikh bermakna buat protechwang kerana pertama kali menghadiri kelas adsense anjuran En.Farid Sulaiman yang dihadiri oleh dua entrepenuer internet iaitu Mohd Suhaimy aka shuth (wangcyber.com) dan Iszudin Ismail aka kidino (moneyclicking.net) di Bangunan WorldWide Shah Alam.

 

Makluman, protechwang adalah newbiz baru menjejakkan kaki dalam alam perniagaan online ini. Oh..dan 2 orang penceramah lagi Sunny Tan dari www.tips.com.my dan Gobala Krishnan www.gobalakrishnan.com (Chapter-M). Kesemua 4 sifu telah banyak (bolehlah..hehehe)memberikan teknik dan tips bagaimana menggunakan google adsense. Dari bagaimana nak register hinggalah nak apply adsense di website atau diblog (kesimpulan=iklan adsense maximum boleh letak 3 code je dan satu lagi jangan KLIK sendiri iklan adsense anda kerana ia salah di sisi undang-undang google)

 

Bagi protechwang sendiri, kelas seperti ini hendaklah dimanfaatkan oleh peserta, rata-rata peserta kelas telah mempunyai basic sama ada dalam aplikasi internet,perniagaan online, forum, produk,ebook cuma seperti kelas adsense ini peserta hendak mengetahui bagaimana nak tarik pengunjung melawati website.

 

Untuk itu, kidino telah menerangkan mesti ada niche dalam website. Mana-mana website pun kalau secanggih mana pun tapi kalu takde pengunjung macam tak berbaloi website tu.(Promosi 80% + Buat website 20%)

 

Sunny Tan juga memberikan cara bagaimana pengalaman beliau sendiri dalam 11 hari dengan menggunakan google adsense membawa pulangan USD 100.00+++…apa-apa pun ia terpulang pada anda website yang unique dan ada niche dan keywords yang boleh generate PR1-5 di Google Search Enjin. Terima kasih banyak Sunny Tan.

 

Gobala Krishnan (Chapter-M) pula menerangkan penggunaan wordpress+google adsense+set up niche. Sebenarnya perisian wordpress juga boleh dijadikan seperti laman web. WordPress ini sebenarnya fungsi sebagai blog tetapi jika anda mendaftar webhosting yang provide C-panel dan ada pulak perisian Fantastico (the smiley guy)anda boleh upload wordpress dan ubahsuai blog standard wordpress menjadi website dan ditambah dengan widgets canggih dari wordpress.Fuhhh…..teknikal protechwang dalam komputer ni 5% je…sikit-sikit je masih dalam proses update new software and gadjet terkini.Oklah anyway terima kasih Gobala Krishnan.

 

So, saya harap semua yang menjalankan perniagaan online ini gunakanlah cara, teknik dan tips yang betul bidang ini. Sama-samalah harmonikan perniagaan online di Malaysia ini.

 

Wassalam

Posted in Forum Perniagaan | Leave a Comment »

Posted by protechwang di Julai 14, 2006

13 Julai 2006

Apa khabar anda semua. Saya doakan semua sihat.

Idea dan nukilan dalam blog saya ni nak ceritakan pengalam saya dalam menceburi perniagaan online. Saya newbiz lagi dalam bidang ini dan hendak mempelajari teknik dan cara yang betul dan berkesan dalam menjalankan perniagaan online ini. Jika anda lihat di sebelah sidebar Blog Rujukan semua rujukan dan tunjuk ajar saya perolehi dari mereka saya pilih perkataan mentor atau guru kepada mereka ini. Terima kasih saya ucapkan atas usaha mereka dan syabas kepada mereka kerana dengan adanya guru dan mentor seperti mereka panduan, cara dan teknik yang betul harus di selaraskan untuk harmonikan perniagaan internet kita di Malaysia.

 Syabas untuk mereka semua.

Dalam post seterusnya saya akan menulis mengenai pengalaman saya sendiri dalam perniagaan online, programme affiliate malaysia yang anda juga boleh sertai, berita terbaru mengenai perniagaan online beserta teknik dan tips yang patut anda ketahui dalam perniagaan online ini.

 

www.protechwang.com

 

Rekaan web guna perisian: http://cvs.nvu.com/download/nvu-1.0-win32-installer-full.exe (promote RM5 to nvu to upgrade their software)

 

 

 

Wassalam 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Blog dan Program Affiliate

Posted by protechwang di Julai 14, 2006

Ramai diantara blogger di Malaysia menjadikan blog sebagai medium berinteraksi, tukar pendapat, dan melalui blog juga anda boleh menghasilkan wang tambahan tetapi dengan cara bagaimana? Tunggukan artikel post saya seterusnya seperti pembaca blog saya, dunia perniagaan internet ini baru saya ceburi awal tahun 2006 dan e-book pertama yang saya beli dari internet ialah Formula Tsunami Wang dari Akmal Arif. Saya muat turun dari komputer FTW pada 15 April 2006 dan semenjak itu saya ikuti langkah-langkah penjanaan wang online.

Sehubungan dengan itu, dari situ juga saya mengenali program affiliate iaitu promosikan e-book FTW dan hasil jualan yang berjaya akan diberikan komisen. Selain daripada itu, enam (6) e-book percuma diberikan sebagai bonus tambahan untuk tujuan panduan dalam perniagaan online ini.

Hasil, berjaya atau tidak? Segan nak tulis kat sini. Tak tahu mana silapnya ketika menjalankan promosi. Email saya habis kena [spam] 1G sampai penuh, bermula dari saya promosi di yahoogroups, 20 groups saya join dalam masa 1 hari saya dapat 100-200 email spam yang saya tak kenal. Mula-mula rajin jugak delete email spam ni tapi sampai satu peringkat rasa meluwap tengok sebab letih delete tak boleh delete satu folder. BENGANG !.

Posted in Uncategorized | 2 Comments »

Kelas Adsense bersama shuth dan kidino

Posted by protechwang di Julai 14, 2006

Salam sejahtera.

Esok semua para usahawan internet akan berkursus mengenai adsense di Bangunan World Wide di Shah Alam. Selamat berkursus saya ucapkan. Ilmu yang anda sekalian perolehi itu manfaatkanlah sebaik mungkin kalau ada kemusykilan bertanya pada penceramah kita En Suhaimy aka shuth dan En Iszudin Ismail aka kidino. Mereka akan cuba membantu anda. Nak tanya penganjur kita En Hafidz selepas ni boleh ke anjurkan lagi seminar seperti ini tentu ramai diluar sana ramai yang berminat dan hendak mengetahui cara-cara, teknik dan tips menjalankan perniagaan onlline ini. Langkah permulaan penting, tetapi langkah awal itu bukan semuanya berjaya kalau anda gagal cuba lagi kerana tiada antara kita yang boleh terus berjaya, kegagalan itu akan meniupkan lagi semangat untuk berjaya. Kepada shuth dan kidino terima kasih atas luangan masa saudara didalam kelas ini. Ilmu saudara kami gunakan dengan jalan yang betul.

Selamat berseminar dan berkursus.
P/s: Saya adalalah salah seorang dari peserta kursus adsense dan last yang mendaftar kelas adsense. Boleh tanya En. Hafiz last register tu sayalah.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Post pertama dalam weblog

Posted by protechwang di Julai 13, 2006

Salam sejahtera.

Pertama kali saya register blog dengan wordpress. Selamat datang ke dalam blog saya. Blog ini akan fokuskan kepada perkara yang berkaitan dengan perniagaan online. Walaupun ramai di antara kita di Malaysia ini yang banyak menulis mengenai perniagaan online kedatangan blog saya ini untuk sama-sama berkenalan, bertukar pendapat dan pandangan dalam bidang ini.

Artikel yang menarik dan berinformasi akan saya salurkan dalam blog ini dengan tujuan dapat diberikan komen, cadangan agar boleh diperbaiki di masa akan datang.

Salam perkenalan.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »