ProTechWang Weblog

Perniagaan, Info Online & Mahir Komputer

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Posted by protechwang di Julai 14, 2006

13 Julai 2006

Apa khabar anda semua. Saya doakan semua sihat.

Idea dan nukilan dalam blog saya ni nak ceritakan pengalam saya dalam menceburi perniagaan online. Saya newbiz lagi dalam bidang ini dan hendak mempelajari teknik dan cara yang betul dan berkesan dalam menjalankan perniagaan online ini. Jika anda lihat di sebelah sidebar Blog Rujukan semua rujukan dan tunjuk ajar saya perolehi dari mereka saya pilih perkataan mentor atau guru kepada mereka ini. Terima kasih saya ucapkan atas usaha mereka dan syabas kepada mereka kerana dengan adanya guru dan mentor seperti mereka panduan, cara dan teknik yang betul harus di selaraskan untuk harmonikan perniagaan internet kita di Malaysia.

 Syabas untuk mereka semua.

Dalam post seterusnya saya akan menulis mengenai pengalaman saya sendiri dalam perniagaan online, programme affiliate malaysia yang anda juga boleh sertai, berita terbaru mengenai perniagaan online beserta teknik dan tips yang patut anda ketahui dalam perniagaan online ini.

 

www.protechwang.com

 

Rekaan web guna perisian: http://cvs.nvu.com/download/nvu-1.0-win32-installer-full.exe (promote RM5 to nvu to upgrade their software)

 

 

 

Wassalam 

Advertisements

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Blog dan Program Affiliate

Posted by protechwang di Julai 14, 2006

Ramai diantara blogger di Malaysia menjadikan blog sebagai medium berinteraksi, tukar pendapat, dan melalui blog juga anda boleh menghasilkan wang tambahan tetapi dengan cara bagaimana? Tunggukan artikel post saya seterusnya seperti pembaca blog saya, dunia perniagaan internet ini baru saya ceburi awal tahun 2006 dan e-book pertama yang saya beli dari internet ialah Formula Tsunami Wang dari Akmal Arif. Saya muat turun dari komputer FTW pada 15 April 2006 dan semenjak itu saya ikuti langkah-langkah penjanaan wang online.

Sehubungan dengan itu, dari situ juga saya mengenali program affiliate iaitu promosikan e-book FTW dan hasil jualan yang berjaya akan diberikan komisen. Selain daripada itu, enam (6) e-book percuma diberikan sebagai bonus tambahan untuk tujuan panduan dalam perniagaan online ini.

Hasil, berjaya atau tidak? Segan nak tulis kat sini. Tak tahu mana silapnya ketika menjalankan promosi. Email saya habis kena [spam] 1G sampai penuh, bermula dari saya promosi di yahoogroups, 20 groups saya join dalam masa 1 hari saya dapat 100-200 email spam yang saya tak kenal. Mula-mula rajin jugak delete email spam ni tapi sampai satu peringkat rasa meluwap tengok sebab letih delete tak boleh delete satu folder. BENGANG !.

Posted in Uncategorized | 2 Comments »

Kelas Adsense bersama shuth dan kidino

Posted by protechwang di Julai 14, 2006

Salam sejahtera.

Esok semua para usahawan internet akan berkursus mengenai adsense di Bangunan World Wide di Shah Alam. Selamat berkursus saya ucapkan. Ilmu yang anda sekalian perolehi itu manfaatkanlah sebaik mungkin kalau ada kemusykilan bertanya pada penceramah kita En Suhaimy aka shuth dan En Iszudin Ismail aka kidino. Mereka akan cuba membantu anda. Nak tanya penganjur kita En Hafidz selepas ni boleh ke anjurkan lagi seminar seperti ini tentu ramai diluar sana ramai yang berminat dan hendak mengetahui cara-cara, teknik dan tips menjalankan perniagaan onlline ini. Langkah permulaan penting, tetapi langkah awal itu bukan semuanya berjaya kalau anda gagal cuba lagi kerana tiada antara kita yang boleh terus berjaya, kegagalan itu akan meniupkan lagi semangat untuk berjaya. Kepada shuth dan kidino terima kasih atas luangan masa saudara didalam kelas ini. Ilmu saudara kami gunakan dengan jalan yang betul.

Selamat berseminar dan berkursus.
P/s: Saya adalalah salah seorang dari peserta kursus adsense dan last yang mendaftar kelas adsense. Boleh tanya En. Hafiz last register tu sayalah.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Post pertama dalam weblog

Posted by protechwang di Julai 13, 2006

Salam sejahtera.

Pertama kali saya register blog dengan wordpress. Selamat datang ke dalam blog saya. Blog ini akan fokuskan kepada perkara yang berkaitan dengan perniagaan online. Walaupun ramai di antara kita di Malaysia ini yang banyak menulis mengenai perniagaan online kedatangan blog saya ini untuk sama-sama berkenalan, bertukar pendapat dan pandangan dalam bidang ini.

Artikel yang menarik dan berinformasi akan saya salurkan dalam blog ini dengan tujuan dapat diberikan komen, cadangan agar boleh diperbaiki di masa akan datang.

Salam perkenalan.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »