ProTechWang Weblog

Perniagaan, Info Online & Mahir Komputer

Archive for the ‘Perjalanan Hidup’ Category

Buat baik berpada-pada

Posted by protechwang di Julai 21, 2006

19 Julai 2006 4:28PM

 

Post saya kali mengenai buat baik berpada-pada. Pada siapa kita nak buat baik? Hehehe pada semua kawan kita, jiran kita, teman sekerja kita, bos kita(bukan tujuan mengampu ye) rakan internet kita, moderator forum yang kita join, adik-beradik kita, keluarga kita pendek kata dengan semua lah yang berada di sekeliling kita. Kenapa kena buat baik pada mereka? Soalan tu saya rasa anda semua boleh jawab dalam diri anda masing-masing.

Perkara buat baik berpada-pada banyak boleh menolong kita, bukan untuk masa sekarang tetapi untuk masa hadapan juga. Contohnya seperti saya, saya bekerja sebagai project engineer untuk kontraktor swasta dekat Puchong. Projek upgrade jalan lama ke jalan baru. Pada mula sampai saya telah berfikir situasi kerja yang bakal saya hadapi iaitu berjumpa dengan orang ramai disepanjang jalan untuk beri penerangan tentang projek saya. Maklumlah penduduk ni banyak kerenahnya. Kalau masalah kerja tu saya rasa selagi projek yang saya handle ni tak siap selagi itulah masalah-masalah akan timbul. Tapi masalah seperti ini sudah jadi kebiasaan pada saya, kalau timbul masalah kita cuba selesaikan satu persatu agar semua orang puashati kita dapat selesaikan masalah.

Hari ini pertolongan yang telah saya berikan kepada penduduk di sepanjang jalan projek saya ialah:

  1. Satu gerai ah so @ nyonya gerainya saya hendak robohkan kerana termasuk dalam kawasan kerja saya. Minta pertolongan agar kedainya yang baru dibekalkan dengan supply air dari Syabas. Semalam saya bawa nyonya ni ke pejabat Syabas dan tanya pihak berkenaan bagaimana nak apply air untuk nyonya tersebut. Pihak Syabas berikan penerangan, kemudian saya contact sub-kontraktor saya bahagian penyambungan paip air hari ini settle, sub-kon tersebut telah pun memulakan kerja pemasangan paip ke kedai nyonya tersebut:)
  2. Petang pulak masa minum teh disebuah gerai, sebelah gerai tersebut adalah bengkel baiki kereta. Sebiji lori 1 tan hendak keluar dari bengkel tersebut tetapi jalan ke bengkel tersebut terlalu curam dan jalannya pula berbatu-batu. Bila lori ni undur susah dia nak keluar kerana jalan berbatu dan licin. Banyak kali pemandu lori tu cuba undur tapi tak boleh. Oleh kerana mesin backhoe saya ada berhampiran dengan bengkel. Saya beritahu pemandu lori tersebut tunggu sebentar, saya akan panggilkan mesin backhoe itu untuk menarik lori tersebut keluar. Dengan menggunakan mesin backhoe tersebut senang sahaja lori tersebut undur dan keluar dari bengkel tadi.

Kesimpulan: Jika kita nampak sesiapa dalam kesusahan kita cuba bantu mereka. Sama juga dalam alam cyber, masyarakat kita masih kabur lagi dalam penggunaan komputer, pengaturcaraan, sistem dan banyak lagi. Bagi mereka yang ada kepakaran tu, bantu-bantulah agar semua boleh mendapat ilmu. Contoh forum wangcyber.com portal komuniti untuk mencari sumber rujukan perniagaan online. Moderator dan rakan-rakan dalam forum boleh membantu anda jika ada kemusykilan dalam perniagaan online.

 

Portal komuniti sumber rujukan online http://wangcyber.com/forum/

 

Advertisements

Posted in Perjalanan Hidup | 1 Comment »