ProTechWang Weblog

Perniagaan, Info Online & Mahir Komputer

Archive for the ‘Forum Perniagaan’ Category

Masalah Aku dan Tsunami Wang

Posted by protechwang di Julai 22, 2006

21 Julai 2006 2:13PM

List yang telah di buat

  1. Set up email utk yahoo groups
  2. Mula 15/4/2006 – 6/5/2006 klik thru cuma 92
  3. Then aku cuba freerival.com cuma dapat 2 klik thru aje

Masalah

  1. Email under mailto:khmh77@yahoo.com.my dah 1GB dah tak larat nak check banyak spam dari groups yang aku join tak sempat nak delete.
  2. Yahoogroups aku kena blok sebab rebouncing satu yahoogroups hantar spam(lebih kurang 150 email spam sehari utk satu group ) aku join 21 groups yahoo x 150 email spam = 3150 email, last aku check email aku ada +/- 65000 email yang aku dah tak larat nak klik dan baca. then moderator group stop hantar email kat akaun aku sebab dah penuh 1GB.

Kesimpulan: Promosi cara Akmal dah terkena kat saya email saya dipenuhi spam email. Jika anda subscriber FTW kongsi bersama cara promosi program affiliate yang berkesan.

 

Web link direktori and program affiliate Malaysia

 

http://www.protechwang.com/

Advertisements

Posted in Forum Perniagaan, Program Affiliate, Web Perniagaan | 14 Comments »

Alang ~ Formula Beliau Menjalankan Perniagaan Online

Posted by protechwang di Julai 22, 2006

21 Julai 2006 12:20 PM

Salam sejahtera

Pada 19 Julai En. Gobala Krishnan (Chapter-M) telah menemuramah En. Samsul Zamzuri Abu Bakar aka Alang (RajaAdsense) mengenai pengalaman beliau dalam menjalankan perniagaan online. Saya dapati saudara alang mempunyai idea-idea yang menarik yang boleh kita kongsi bersama dalam perniagaan online kita. Di sini saya melalui blog Gobala Krishnan (Internet Marketing Asia) ingin berkongsi dengan anda bagaimana alang menjalankan perniagaan online beliau dan idea-idea beliau yang mendapat sambutan seperti www.50pageswebsite.com , www.1000textlinks.com dan lain lain lagi. Ikutilah wawancara ini untuk dijadikan panduan kita dalam menjalankan perniagaan online

 

http://www.gobalakrishnan.com/

Posted in Blog Rujukan, Blog Teknik, Forum Perniagaan, Web Perniagaan | 4 Comments »

Perniagaan Internet Anda

Posted by protechwang di Julai 18, 2006

Salam sejahtera

Berminat untuk mengetahui cara-cara  menjalankan perniagaan internet . Ketahui teknik, tips dan trik menjalankan perniagaan online ini. Kita diskusi bersama. Pandangan, cadangan dan teknik yang anda aplikasikan kita kongsi bersama.

http://groups.google.com.my/group/Perniagaan-Internet-Anda

Anda anda sebarang pertanyaan mengenai perniagaan internet, affiliate program, adsense google boleh email kepada saya.

(Notice: Jangan SPAM e-mail ini. Thanks)

Perniagaan-Internet-Anda@googlegroups.com 

Posted in Forum Perniagaan | 2 Comments »

Fakta Benar dan Fakta Salah Perniagaan Online

Posted by protechwang di Julai 18, 2006

18 Julai 2006 3:56 PM

Fakta Benar

1. Perniagaan online adalah untuk semua. Bukan untuk individu yang mahir mengenai komputer.

2. Perniagaan online tidak memerlukan modal yang besar. Sekadar peralatn lengkap komputer dan talian internet sahaja.

3. Perniagaan online tidak memerlukan pengalaman. Apa yang perlu cuma produk sahaja. Tiada produk? Cubalah jual produk orang lain dulu. Contoh dalam program affiliate kebanyakkannya jual e-book.

4. Laman web cubalah buat satu laman web biasa dulu tak payah yang ada audio dan grafik canggih. Contoh laman web seperti www.protechwang.com laman web ini berdasar web link direktori sahaja.

5. Menjadi jutawan dengan perniagaan internet! Hehehe…saya sebenar tak berapa gemar perkataan jutawan ni…dalam perniagaan online ini sebenarnya minat hendaklah datang dulu baru disusuli dengan strategi yang boleh mendatangkan RM.J

6. Komputer kena 24 jam buka!Cuma sistem sahaja yang beroperasi, yang anda perlu buat cuma monitor sistem penjualan anda sahaja.

 

Fakta Salah

1. Tidak pandai guna komputer tidak berpeluang menjalan perniagaan online.

2. Modal besar diperlukan untuk simpan stok yang nak dijual.

3. Tiada pengalaman dalam penggunaan internet.

4. Tiada laman web, bagaimana nak buat perniagaan online.

5. Jadi jutawan dengan perniagaan online. Mengarut je!

6. Perlu pasang komputer dan internet 24 jam?!

Kesimpulan = perniagaan online + anda + usaha promosi = RM

 

 

Posted in Forum Perniagaan, Web Perniagaan | 2 Comments »

Pengalaman dari seminar adsense

Posted by protechwang di Julai 16, 2006

15 Julai 2006 tarikh bermakna buat protechwang kerana pertama kali menghadiri kelas adsense anjuran En.Farid Sulaiman yang dihadiri oleh dua entrepenuer internet iaitu Mohd Suhaimy aka shuth (wangcyber.com) dan Iszudin Ismail aka kidino (moneyclicking.net) di Bangunan WorldWide Shah Alam.

 

Makluman, protechwang adalah newbiz baru menjejakkan kaki dalam alam perniagaan online ini. Oh..dan 2 orang penceramah lagi Sunny Tan dari www.tips.com.my dan Gobala Krishnan www.gobalakrishnan.com (Chapter-M). Kesemua 4 sifu telah banyak (bolehlah..hehehe)memberikan teknik dan tips bagaimana menggunakan google adsense. Dari bagaimana nak register hinggalah nak apply adsense di website atau diblog (kesimpulan=iklan adsense maximum boleh letak 3 code je dan satu lagi jangan KLIK sendiri iklan adsense anda kerana ia salah di sisi undang-undang google)

 

Bagi protechwang sendiri, kelas seperti ini hendaklah dimanfaatkan oleh peserta, rata-rata peserta kelas telah mempunyai basic sama ada dalam aplikasi internet,perniagaan online, forum, produk,ebook cuma seperti kelas adsense ini peserta hendak mengetahui bagaimana nak tarik pengunjung melawati website.

 

Untuk itu, kidino telah menerangkan mesti ada niche dalam website. Mana-mana website pun kalau secanggih mana pun tapi kalu takde pengunjung macam tak berbaloi website tu.(Promosi 80% + Buat website 20%)

 

Sunny Tan juga memberikan cara bagaimana pengalaman beliau sendiri dalam 11 hari dengan menggunakan google adsense membawa pulangan USD 100.00+++…apa-apa pun ia terpulang pada anda website yang unique dan ada niche dan keywords yang boleh generate PR1-5 di Google Search Enjin. Terima kasih banyak Sunny Tan.

 

Gobala Krishnan (Chapter-M) pula menerangkan penggunaan wordpress+google adsense+set up niche. Sebenarnya perisian wordpress juga boleh dijadikan seperti laman web. WordPress ini sebenarnya fungsi sebagai blog tetapi jika anda mendaftar webhosting yang provide C-panel dan ada pulak perisian Fantastico (the smiley guy)anda boleh upload wordpress dan ubahsuai blog standard wordpress menjadi website dan ditambah dengan widgets canggih dari wordpress.Fuhhh…..teknikal protechwang dalam komputer ni 5% je…sikit-sikit je masih dalam proses update new software and gadjet terkini.Oklah anyway terima kasih Gobala Krishnan.

 

So, saya harap semua yang menjalankan perniagaan online ini gunakanlah cara, teknik dan tips yang betul bidang ini. Sama-samalah harmonikan perniagaan online di Malaysia ini.

 

Wassalam

Posted in Forum Perniagaan | Leave a Comment »