DIkirim oleh protechwang di Julai 22, 2006
21 Julai 2006 12:20 PM
Salam sejahtera
Pada 19 Julai En. Gobala Krishnan (Chapter-M) telah menemuramah En. Samsul Zamzuri Abu Bakar aka Alang (RajaAdsense) mengenai pengalaman beliau dalam menjalankan perniagaan online. Saya dapati saudara alang mempunyai idea-idea yang menarik yang boleh kita kongsi bersama dalam perniagaan online kita. Di sini saya melalui blog Gobala Krishnan (Internet Marketing Asia) ingin berkongsi dengan anda bagaimana alang menjalankan perniagaan online beliau dan idea-idea beliau yang mendapat sambutan seperti www.50pageswebsite.com , www.1000textlinks.com dan lain lain lagi. Ikutilah wawancara ini untuk dijadikan panduan kita dalam menjalankan perniagaan online
http://www.gobalakrishnan.com/
Dikirim dalam Blog Rujukan, Blog Teknik, Forum Perniagaan, Web Perniagaan | 4 Komen »
DIkirim oleh protechwang di Julai 18, 2006
18 Julai 2006 4:19 PM
Auto Responder
AutoResponder merupakan cara promosi yang berkesan dalam perniagaan online. Berupa perisian yang membenarkan anda memberi reaksi melalui email secara automatik. Cuma tulis email anda ikut turutan dan autoresponder akan menghantar email tersebut kepada penerima mengikut waktu yang yang diarahkan secara automatik.
Program autoresponder:
http://www.getresponse.com/
http://www.aweber.com/
Wassalam
Dikirim dalam Blog Teknik, Links Perniagaan | Leave a Comment »
DIkirim oleh protechwang di Julai 18, 2006
18 Julai 2006 2:15PM
Sekiraya anda ke laman web direktori link saya, anda dapati terdapat banyak link di sidebar kiri dan sidebar kanan. Satu kategori pada blog saya iaitu Links Perniagaan akan menerangkan laman web dan fungsi-fungsinya yang boleh anda guna pakai untuk anda menjalankan perniagaan online sekarang.
Direktori links web
www.protechwang.com
Dikirim dalam Blog Teknik, Web Perniagaan | Leave a Comment »
DIkirim oleh protechwang di Julai 18, 2006
17 Julai 2006 1:02 PM
Menjalankan Kajian Adsense (Search Engine Optimization ~ SEO)
Di dalam menjalankan kajian untuk niche atau keywords untuk laman website yang akan dibina beberapa kajian ke atas keywords perlu dijalankan. Salah satu web tools yang digunakan adalah www.nichebot.com dan di bawah adalah kajian yang perlu dilakukan.
- Tajuk Yang Berpotensi
Pemilihan tajuk adalah penting dalam laman web. Sama ada anda ingin menjual sesuatu produk barangan seperti buku, pakaian, perisian komputer atau apa-apa jua barang. Ingat! dalam internet apa-apa barang sahaja boleh dijual tetapi boleh menarik pelanggan sama ada benda yang kita guna hari-hari, barangan unik dan antik, komputer lama dan banyak lagi barangan. Servis perkhidmatan pula seperti pembinaan laman web, penyediaan web hosting dan lain-lain perkhidmatan.
2. Lakukan Kajian Pesaing
Kajian pesaing adalah penting untuk mengetahui produk yang akan dipasarkan mempunyai potensi atau tidak. Contoh jika anda ingin meniagakan satu produk seperti buku taipkan pada search enjin berapa output mengenai buku keluarkan. Cuba pula buku cerita, kemudian buku cerita klasik anda hendaklah mencuba kecilkan skop tajuk anda tetapi ingat mestilah ada keunikan pada keywords anda.
3. Pengembangan Idea
Kembangkan idea anda daripada keywords yang anda pilih.
4. Sediakan laman web untuk senaraian carian enjin (SEO)
Laman web yang di senaraikan mempunyai senaraian di search enjin. Seeloknya di Page Rank 1-10
5. Pautan Links
Pautan links kepada web yang mempunyai niche atau keywords yang serupa dan sama.
6. Pemerhatian dan Statistik
Lakukan pemerhatian ke atas web anda sama anda anda sudah berpuashati dengan input yang anda masukkan dan lakukan kajian statistik bilangan pengunjung ke laman web anda.
Ketahui web direktori link dan program affilliate malaysia
http://www.protechwang.com/
Dikirim dalam Adsense 1 Minit, Blog Teknik | Leave a Comment »
DIkirim oleh protechwang di Julai 18, 2006
18 Julai 2006 10.04 AM
Salam sejahtera
Siti Nurhaliza telah membuat pengumuman akan berkahwin dengan Dato `K` 21 Ogos ni. Apa kena mengena dengan saya. Cuma peminat jauh yang ambil tahu serba sedikit perkembangan artis tanah air kita. SITINURHALIZA merupakan satu ikon dalam negara kita dan saya nak berkongsi dengan anda semua bahawa carian google telah menyenaraikan SITI NURHALIZA sebagai carian maklumat yang sering di cari oleh rakyat Malaysia (News Straits Times, Friday 14 July 2006)
Nama Siti Nurhaliza sering di cari oleh rakyat Malaysia melalui enjin carian google. Siti juga merupakan satu individu yang telah tersenarai dalam Google`s Monthly Zeitgist yang telah menyenaraikan 15 carian paling tinggi dalam satu-satu negara. (Google juga telah membuat survey ke atas 30 negara yang lain). Siti juga telah berada dalam senarai teratas sejak bulan Februari 2006 hingga sekarang.
Mengikut jurucakap Google`s di Singapura Eileen Rodriguez keputusan enjin carian menunjukkan data pencari maklumat pengguna internet di Malaysia melalui www.google.com.my website sahaja. Tidak termasuk dari domains google.com.
Apa kaitan pula dengan perniagaan online. Jika anda memikirkan satu niche carilah niche yang unik dan popular untuk website anda. Kemudian carikan satu keywords atau cantuman dua perkataan untuk menjadikan satu keywords yang anda rasa sesuai dengan niche anda. Seeloknya keywords anda boleh dipelbagaikan sehingga 20 keywords yang berlainan. Cari maklumat berdasarkan keywords yang anda pilih. Masukkan semua niche, keywords berserta maklumat dan artikel dalam website anda. Anda telah mempunyai satu website yang mempunyai ciri-ciri yang membolehkan web anda di PR 1- 10 di google, yahoo ataupun di search enjin yang lain.
P/S – Apa yang saya tulis cuma gambaran umum sahaja, apa-apa jua maklumat, niche, keywords yang anda cari dalah hasil usaha anda sendiri. Dare To Try & Dare To Failed. Anda pula bagaimana?
www.protechwang.com
Wassalam
Dikirim dalam Blog Teknik | 2 Komen »
DIkirim oleh protechwang di Julai 17, 2006
17 Julai 2006 4:24 PM
Salam sejahtera.
Aik…rajin post kat blog saya ni. Hehehehe…bukan sebenarnya saya post blog kat site off tanpa internet line. Macam mana pulak tu…begini masa kerja saya banyak menggunakan komputer untuk membuat surat kepada client, buat claim progress untuk projek, buat certificate payment sub-contractor dan lain-lain lagi. So… masa type tu idea perniagaan online tu sentiasa berlegar-legar dalam fikiran tapi line internet takde kat site office saya. So untuk tidak buangkan sahaja idea perniagaan online saya tu saya set up satu file guna ms word kemudian taip apa yang terfikir dalam fikiran saya. Bukan apa, sampai rumah nanti idea tu semua hilang dah sebelum sempat saya buka komputer kat rumah(rumah ada service internet). Apa yang saya taip saya save kat pendrive. So bila dah online masuk kat blog wordpress saya cuma copy and paste aje. Dah ada post pun kat blog saya. Hehehehe….so dah jimat masa dah boleh lebih masa sikit browser kat internet.MASA ITU EMAS….itulah teknik saya post dalam blog, copy and paste. Tak semestinya masuk internet dulu baru post kat blog. Anda pula bagaimana?
Wassalam
Dikirim dalam Blog Teknik | 3 Komen »