Pengalaman dari seminar adsense
DIkirim oleh protechwang di Julai 16, 2006
15 Julai 2006 tarikh bermakna buat protechwang kerana pertama kali menghadiri kelas adsense anjuran En.Farid Sulaiman yang dihadiri oleh dua entrepenuer internet iaitu Mohd Suhaimy aka shuth (wangcyber.com) dan Iszudin Ismail aka kidino (moneyclicking.net) di Bangunan WorldWide Shah Alam.
Makluman, protechwang adalah newbiz baru menjejakkan kaki dalam alam perniagaan online ini. Oh..dan 2 orang penceramah lagi Sunny Tan dari www.tips.com.my dan Gobala Krishnan www.gobalakrishnan.com (Chapter-M). Kesemua 4 sifu telah banyak (bolehlah..hehehe)memberikan teknik dan tips bagaimana menggunakan google adsense. Dari bagaimana nak register hinggalah nak apply adsense di website atau diblog (kesimpulan=iklan adsense maximum boleh letak 3 code je dan satu lagi jangan KLIK sendiri iklan adsense anda kerana ia salah di sisi undang-undang google)
Bagi protechwang sendiri, kelas seperti ini hendaklah dimanfaatkan oleh peserta, rata-rata peserta kelas telah mempunyai basic sama ada dalam aplikasi internet,perniagaan online, forum, produk,ebook cuma seperti kelas adsense ini peserta hendak mengetahui bagaimana nak tarik pengunjung melawati website.
Untuk itu, kidino telah menerangkan mesti ada niche dalam website. Mana-mana website pun kalau secanggih mana pun tapi kalu takde pengunjung macam tak berbaloi website tu.(Promosi 80% + Buat website 20%)
Sunny Tan juga memberikan cara bagaimana pengalaman beliau sendiri dalam 11 hari dengan menggunakan google adsense membawa pulangan USD 100.00+++…apa-apa pun ia terpulang pada anda website yang unique dan ada niche dan keywords yang boleh generate PR1-5 di Google Search Enjin. Terima kasih banyak Sunny Tan.
Gobala Krishnan (Chapter-M) pula menerangkan penggunaan wordpress+google adsense+set up niche. Sebenarnya perisian wordpress juga boleh dijadikan seperti laman web. WordPress ini sebenarnya fungsi sebagai blog tetapi jika anda mendaftar webhosting yang provide C-panel dan ada pulak perisian Fantastico (the smiley guy)anda boleh upload wordpress dan ubahsuai blog standard wordpress menjadi website dan ditambah dengan widgets canggih dari wordpress.Fuhhh…..teknikal protechwang dalam komputer ni 5% je…sikit-sikit je masih dalam proses update new software and gadjet terkini.Oklah anyway terima kasih Gobala Krishnan.
So, saya harap semua yang menjalankan perniagaan online ini gunakanlah cara, teknik dan tips yang betul bidang ini. Sama-samalah harmonikan perniagaan online di Malaysia ini.
Wassalam