ProTechWang Weblog

Perniagaan, Info Online & Mahir Komputer

Blog dan Program Affiliate

DIkirim oleh protechwang di Julai 14, 2006

Ramai diantara blogger di Malaysia menjadikan blog sebagai medium berinteraksi, tukar pendapat, dan melalui blog juga anda boleh menghasilkan wang tambahan tetapi dengan cara bagaimana? Tunggukan artikel post saya seterusnya seperti pembaca blog saya, dunia perniagaan internet ini baru saya ceburi awal tahun 2006 dan e-book pertama yang saya beli dari internet ialah Formula Tsunami Wang dari Akmal Arif. Saya muat turun dari komputer FTW pada 15 April 2006 dan semenjak itu saya ikuti langkah-langkah penjanaan wang online.

Sehubungan dengan itu, dari situ juga saya mengenali program affiliate iaitu promosikan e-book FTW dan hasil jualan yang berjaya akan diberikan komisen. Selain daripada itu, enam (6) e-book percuma diberikan sebagai bonus tambahan untuk tujuan panduan dalam perniagaan online ini.

Hasil, berjaya atau tidak? Segan nak tulis kat sini. Tak tahu mana silapnya ketika menjalankan promosi. Email saya habis kena [spam] 1G sampai penuh, bermula dari saya promosi di yahoogroups, 20 groups saya join dalam masa 1 hari saya dapat 100-200 email spam yang saya tak kenal. Mula-mula rajin jugak delete email spam ni tapi sampai satu peringkat rasa meluwap tengok sebab letih delete tak boleh delete satu folder. BENGANG !.

2 Respons kepada “Blog dan Program Affiliate”

  1. smartusaha berkata

    hehe, jangan guna yahoogroups. Kalau nak guna juga, buat satu emel yang lain khas untuk yahoogroups tu. Tapi biasanya guna benda tu tak berapa efektif, sebab iklan kita tenggelam.

    Banyak lagi cara lain yang boleh digunakan seperti mailing list. Ramai yang tak tahu, lubuk dan rahsia buat duit sebenar adalah melalui mailing list.. :) Lain2 teknik hanyalah sebagai pembuka pintu untuk menarik bakal pelanggan ke website kita sahaja. Pintu terakhir adalah mailing list. Jangan biarkan pelawat web kita terlepas begitu sahaja.. Tapi pastikanlah web kita mempunyai nilai conversion rate yg tinggi. Buat orang yakin nak beli produk kita.

    Kekadang sales letter web kita yang salah, bukan salah pemasaran yang kita lakukan.

    Pendek kata, setiap hari kita cubalah ubah dan tambah apa yang kurang. Sikit2, lama-lama jadi bukit. :)

  2. protechwang berkata

    Terima kasih smartusaha, pesanan anda saya akan lakukan terbaik.Komen smartusaha sangat berguna untuk saya. Terima kasih.

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>